Selamat datang ke blog The Omali Cabin House!!
The Omali Cabin House
-------------------------
Islamic Culture village
Pengenalan :
- Menghayati suasana islamik alam semulajadi ciptaan Allah S.W.T di perkampungan
nelayan melayu di Kampung Sungai Buntu, Kukup Johor.
- Pengalaman tinggal di cabin berkonsepkan futoon japanese dan pendekar melayu klasik (tempahan awal melalui online booking payment)
- Kawasan Persendirian Islamik (Kawasan Menutup Aurat Sepenuhnya)
- (4) Empat tema konsep Asas ( The Caterpillars, The Pendekar, The Durian, The Gardens)
- (4) Empat bilik cabin untuk persinggahan bermalam, pelancong, kerja kahwin, kaki pancing, family day, backpackers, grouping, bulan madu, dan bercuti hujung minggu
.
- Meneroka (1) satu ekspedisi ke kawasan rahsia“The Omali natural treasure” tepi laut semulajadi paya bakau menggunakan basikal yang disediakan dan menangi potongan diskaun coupon RM10 untuk penginapan seterusnya.
- Tempat yang sesuai untuk muhasabah diri semula dalam mencari tujuan hidup sebenar sebagai hamba Allah S.W.T , dan lari sejenak dari kesibukan dunia.
- Pendedahan tentang mensyukuri nikmat alam semulajadi ciptaan Allah S.W.T dan menghidupkan sunnah Rasulullah S.A.W.
- Memperkenalkan suasana islam dan alam pendekar melayu klasik serta seni persilatan warisan melayu.
- Berhampiran Kawasan pelancongan : (Santai melihat sunset di Bandar tepi laut Pontian, Menaiki bot ke Taman Negara Pulau Kukup (Pulau Paya Bakau), Menjejakkan kaki ke penghujung benua asia di Taman Negara Tanjung Piai, Membelah Lautan Ladang Nanas terbesar di persisir jalan Kampung Felda Bukit Batu Pontian, Memancing di kelong ikan, melawat perkampungan nelayan Kukup, Melawat Muzium Bugis, Melihat telatah monyet di sekitar Tanjung Piai Resort, Menikmati Makanan seafood di atas restoran terapung Atan Seafood Tanjung Piai, Ke taman awam Tepi Laut Pontian, Ke Bandar Urban Johor Bahru, dan menaiki feri balik hari melawat Pulau Karimun indonesia: Rujuk artikel Tempat Pilihan The Omali. Untuk tempahan sila hubungi @ whatsapp The Omali Cabin House 011-60722040
Comments
Post a Comment