Tempat yang menarik di Pontian Johor

The Omali Cabin House Islamic Culture Village baru dirasmikan dan dibuka di Kukup Pontian Johor bersebelahan Johor Bahru. Daerah Penghujung Benua Asia....Pontian!!

The Omali Cabin House menawarkan penginapan gabungan ala futoon japanese style dan pendekar melayu tradisional. Penginapan islamik di The Omali Cabin House Islamic Culture Village ini menjanjikan kedamaian kehijauan alam semula jadi di perkampungan nelayan. Pokok kelapa yang menghijau, terbangan helang  di awan biru, dan melihat pemandangan lembu meragut rumput yang mendamaikan...

The Omali cabin House berdekatan dengan tepi laut, anda boleh menaiki basikal ke kawasan rahsia yang "rare" yang menawarkan pemandangan keindahan laut dan habitat paya bakau yang masih asli. Melihat ikan dua alam seperti ikan belacak, burung bangau, helang, selfie di tepi laut, dan melawat titik penghujung benua Asia di Tanjung Piai sekitar 10 Minit lebih kurang perjalanan dari The Omali Cabin House . Di Tanjung Piai anda boleh melihat kawanan monyet yang jinak di tepi jalan berdekatan restoran terapung Atan Seafood Restaurant.  Anda juga boleh menaiki bot ke Taman Negara Pulau Kukup dengan harga sekitar RM5 , ia pasti berbaloi dengan percutian menjimatkan dan mendamaikan ini.

The Omali Cabin House terletak di Kukup Pontian Johor, daerah ini  amat terkenal dengan Udang yang segar. Jom! anda boleh merasai mee  bandung udang, nasi goreng udang, mee hailam udang di sini!!

Serta jangan lupa membeli buah tangan di sini iaitu nanas hybrid MD2 , nanas yang termanis setakat ini di Malaysia!!!

Anda boleh juga menikmati pemandangan di salah satu ladang nanas terbesar di daerah ini iaitu di jalan  Felda Bukit Batu Pontian, bagaikan sawah padi tetapi sebenarnya ia adalah Ladang Nanas di kiri kanan jalan!!

Tunggu apa lagi...Jom Ke The Omali Cabin House dengan promosi hebat RM 80 semalam (Isnin-Jumaat) dan RM100 semalam (sabtu Ahad). Hanya di The Omali Cabin House Islamic Culture Village. Untuk Tempahan , call @ whatsapp di talian 011-60722040.

_The Omali Cabin House, Kukup, Pontian, Johor_

Inilah tempat rahsia "rare" yang masih asli untuk pencinta alam semula jadi, perlu berbasikal ke sana!!

Dataran tepi laut Pontian


Nanas Hybrid termanis...nanas MD2

Ladang nanas terbesar di Felda Bukit Batu Pontian


Penghujung Benua Asia..Tanjung Piai ,Pontian

Taman Negara Paya Bakau Pulau Kukup, Pontian

Taman Negara Paya Bakau Pulau Kukup, Pontian
Mee hailam Udang Jaza Corner, Kukup , Pontian

Comments

Popular Posts