Apa yang menarik tentang hotel atau homestay? terutama yang dibina dari kontena atau cabin (
light duty @ heavy duty )?Sebenarnya ia sama sahaja dari sudut umum istilah hotel atau homestay iaitu bangunan penyedia pondok /menginap bagi tujuan berehat, tidur, berkumpul, dan tempat menjayakan suatu aktiviti berorganisasi/ berkeluarga. Tetapi umum mengetahui sesuatu yang viral, pelik, ganjil dan kadang-kadang ada pasti menjadi tumpuan untuk orang mengetahuinya. Sebab itu, konsep rumah agam, rumah british, rumah panjang, dan macam- macam lagi konsep rumah yang pelik-pelik pasti akan menjadi tumpuan untuk orang terutama rakyat Malaysia untuk mengetahuinya.
Berbalik kepada rumah cabin, konsep ini tumbuh bagaikan cendawan dalam industri perhotelan, homestay,chalet dan lain-lain rumah persinggahan. Sekarang! di Pontian Johor ada satu rumah cabin tetapi memaparkan konsep perkampungan nelayan laut dan paya bakau boleh didapati menerusi "The Omali Cabin House Islamic Culture Village".Baru sahaja dibuka pada 1 Januari 2019 (tidak rasmi) dan secara rasminya pada 7 Januari 2019 telah membuka satu lagi pilihan untuk menginap dan bercuti bersama keluarga!
Rumah cabin ini mengetengahkan konsep futoon japanese style dan campuran melayu traditional ala pendekar bagi mewujudkan suasana perkampungan ala dulu-dulu. Dengan hanya 4 bilik cabin dan ia agak terhad dan eksklusif dagi sesiapa yang hendakkan suasana privasi dan jauh dari kesibukan bandar dan bunyi kereta. Persekitaran yang penuh dengan pokok kelapa dan terbangan burung helang serta anda boleh melihat telatah lembu meragut rumput hanya dari cabin anda sahaja.
Terdapat beberapa tempat menarik di sekitar The Omali Cabin House iaitu lokasi ia terletak di Kampung Sungai Buntu Kukup, Pontian, Johor. Anda boleh menaiki basikal berkeluarga ekspedisi ke lokasi yang amat "rare" di tepi laut yang amat natural dan akses yang jarang diketahui umum. Anda boleh baca di page "Selamat Datang Ke Blog The Omali Cabin House" untuk perincian serta tempat menarik! dan call untuk tempahan awal di 011-60722040.( whatsapp @call)
_The Omali Cabin House Pontian Johor, Islamic culture Village_
 |
Rumah Cabin di Johor The Omali Cabin House |
 |
Rumah Cabin di Johor The Omali Cabin House |
 |
Rumah Cabin di Johor The Omali Cabin House |
 |
Rumah Cabin di Johor The Omali Cabin House |
 |
Rumah Cabin di Johor The Omali Cabin House |
 |
Rumah Cabin di Johor The Omali Cabin House |
 |
Rumah Cabin di Johor The Omali Cabin House |
 |
Rumah Cabin di Johor The Omali Cabin House |
 |
Rumah Cabin di Johor The Omali Cabin House |
 |
Rumah Cabin di Johor The Omali Cabin House |
Comments
Post a Comment